comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Hartalega, Top Glove bakal terkeluar konstituen KLCI

 

Syarikat sarung tangan dijangka tidak lagi diwakili di konstituen KLCI – Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corp Bhd dijangka akan digantikan oleh AMMB Holdings Bhd and QL Resources Bhd sebagai konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan berkata, penggantian itu dijangka akan dilaksanakan pada semakan berikutnya Disember ini.

Katanya, berdasarkan data pasaran Refinitiv semasa penutupan dagangan 1 November 2022, Hartalega menduduki tempat ke-39 dari segi permodalan pasaran, manakala Top Glove menduduki tempat ke-42.

“Kami unjurkan AMMB dan QL Resources, yang berada di kedudukan ke-28 dan ke-29 dalam permodalan pasaran, boleh masuk ke dalam indeks KLCI dalam semakan akan datang, menggantikan Hartalega dan Top Glove.

“Kami menganggarkan wajaran KLCI potensi AMMB dan QL Resources masing-masing adalah 1.9 peratus dan 1.2 peratus, berbanding angka semasa Top Glove pada satu peratus dan 0.8 peratus bagi Hartalega,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, saranan ‘tambah’ disyorkan kepada saja, AMMB dan QL Resources kerana kedua-dua syarikat itu boleh meraih minat pelabur kerana potensi kemasukannya ke dalam konstituen.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini