Tumpuan :
Detik Niaga

Harga rumah di Lembah Klang dijangka meningkat 10%-15%

Foto hiasan

Oleh:Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Harga rumah di Lembah Klang dijangka meningkat 10 hingga ke 15 peratus tahun ini, khususnya di pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan JLL Malaysia, Jamie Tan berkata peningkatan harga ini ekoran kenaikan inflasi serta kos tanah yang dijangka naik lebih 10 peratus.

“Yang kita nampak peningkatan harga adalah lebih kurang 6 hingga 8% semenjak tahun 2020. Jadi kita juga aspek harga akan meningkat lagi kerana inflasi dan juga peningkatan kos untuk pembinaan.” kata beliau kepada Buletin Tv3.

Kajian firma perunding hartanah global itu juga mendapati harga rumah di kawasan pinggir pusat bandar mampu meningkat lima peratus.

Ini terutama yang membabitkan segmen apartmen dan kondominium.

Peningkatan sewa rumah kediaman pula dijangka lebih sederhana sekitar dua hingga tiga peratus dalam tempoh 12 bulan ini.

Menyentuh mengenai pembangunan Rumah Madani yang diwajibkan kerajaan pula, beliau berkata ia dilihat satu inisiatif yang baik bagi membantu rakyat memiliki rumah pada harga mampu milik di ibu kota.

Bagaimanapun, ia wajar dibangunkan berhampiran pengangkutan awam dengan kemudahan yang sesuai.

‘Satu perkara yang banyak bagus kerana kos sara hidup sedang meningkat, inflasi juga sangat tinggi. Justeru, rakyat nak juga miliki rumah mampu milik seperi Rumah Madani sangat penting tetapi lokasi kenalah berada di tempat sesuai” katanya lagi.

Residensi Madani adalah satu program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini