comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Harga persatuan pembina minta KPDN siasat punca kenaikan harga konkrit, simen

FOTO: Mohd Khairul Helmy Mohd Din

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta menyiasat punca kenaikan harga konktrit dan simen yang mendadak sejak November 2020.

Persatuan Pembina Johor, Persatuan Pembina Melaka, Persatuan Kontraktor Perak dan Persatuan Pembina Pulau Pinang dalam satu kenyataan bersama berharap agar isu itu mendapat perhatian KPDN dan diselesaikan dengan segera.

“Kami juga ingin memanjangkan rayuan kepada kementerian untuk membuat semakan, sama ada terdapat mana-mana pihak yang mungkin telah melanggar Akta Persaingan yang melarang perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran semasa pelaksanaan kenaikan harga ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kenaikan sekali lagi harga konkrit dan simen sebanyak 15 peratus pada bulan lepas setelah ia meningkat sebanyak 15 peratus pada Mac, bakal menjejaskan seluruh industri pembinaan dan meletakkanya dalam keadaan tertekan.

“Bagaimanapun, kami berharap semua pihak dalam industri pembinaan dapat meneruskan persekitaran perniagaan yang sememangnya sukar ketika ini dengan cara yang lebih mampan,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini