Tumpuan :
Detik Niaga

Harga peralatan AI lebih rendah mampu lonjak digitalisasi PMKS

Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan bagi memastikan harga peralatan kecerdasan buatan (AI) lebih rendah dilihat mampu melonjakkan agenda digitalisasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Menurut Presiden Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) adalah selari dengan usaha membantu sektor itu berpaksikan perniagaan secara digital.

“Sekurang-kurangnya syarikat-syarikat dapat merujuk hal peralatan, kefahaman, dengan kegunaan AI, kebanyakan kita masih tidak jelas macam mana (AI) mampu bantu perniagaan kita,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 selepas majlis pelancaran NAIO, di MITEC, hari ini.

Pada masa sama, Chee Seong diminta mengulas kenyataan Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang berkata rundingan bersama beberapa syarikat teknologi sedang dijalankan untuk mengurangkan harga peralatan AI bagi kegunaan berkenaan.

Menurut Gobind, pengunguman itu dijangka dibuat pada suku pertama tahun depan.

Ia susulan sektor PMKS mewakili 97 peratus perniagaan dalam negara.

Justeru, tegas Gobind, pejabat NAIO yang dilancarkan hari ini akan menyelaras libat urus bersama sektor itu dalam memacu ekosistem sektor, dan membawa keuntungan perniagaan berlandaskan digitalisasi.

Jelas Chee Seong, kadar penggunaan teknologi AI generatif masih belum digunakam secara meluas dalam kalangan pemain industri PMKS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini