comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Harga minyak sawit cecah RM4,000 satu tan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat melebihi RM4,000 satu tan metrik bagi kontrak penanda aras bulan Oktober, sekali gus menjadikannya paras tertinggi direkodkan sejak Mac lalu.

RHB Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata, harga MSM berpotensi untuk terus meningkat dalam tempoh terdekat berdasarkan kepada beberapa faktor yang mungkin berlaku iaitu fenomena El Nino dan kemungkinan peningkatan risiko geopolitik.

“Namun, walaupun berhadapan dengan faktor itu, gambaran asas masih kurang menarik. Unjuran harga 2023 pada RM3,900 satu tan masih dikekalkan, tetapi harga 2024 dinaikkan kepada RM3,900 satu tandaripada RM3,500 sebelum ini,” kata bank pelaburan itu dalam nota.

RHB Investment Bank berkata, walaupun El Nino berkemungkinan tinggi akan berlaku tidak lama lagi, namun kesannya terhadap keluaran minyak sawit (PO) dijangka hanya akan dilihat pada 2024.

Justeru, kemungkinan itu tidak mengubah andaian bank pelaburan itu terhadap harga MSM tahun ini, namun bagi 2024, seandainya El Nino sederhana maka bekalan akan terkesan biarpun tidak begitu ketara dan harga akan terus terjejas oleh permintaan yang suram.

Walau bagaimanapun, harga MSM berkemungkinan mencecah paras lebih tinggi pada separuh kedua 2024 berbanding enam bulan pertama 2024.

“Hal ini kerana kesan akibat El Nino hanya akan kelihatan mulai Mei atau Jun. Oleh itu, kami menaikkan andaian harga untuk 2024 dan 2025 masing-masing kepada RM3,900 dan RM3,800.

“Jika El Nino kali ini kuat, kami akan menyemak semula unjuran harga,” katanya.

Loading...
Terkini