Tumpuan :
Detik Niaga

Goodyear tutup kilang di Malaysia, 500 pekerja bakal terjejas

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tayar, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam, Selangor bermula 30 Jun depan,  selepas lebih 40 tahun beroperasi.

Presiden Rantau Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata kira-kira 550 pekerja bakal terkesan akibat penutupan itu.

Penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Kata beliau, penutupan itu sejajar langkah strategik di bawah pelan transformasi ‘Goodyear Forward’.

Ia termasuk pengurangan kos tahunan sebanyak RM4.73 bilion menjelang tahun depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini