Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Golongan B40 bakal nikmati harga telefon pintar serendah RM120.00 – Pakej 5G RAHMAH

 

Oleh: Amanda Lopez

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.

Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Artikel berkaitan: Golongan B40 bakal nikmati harga telefon pintar serendah RM120.00 – Pakej 5G RAHMAH

“Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan  selama 24 bulan. Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini.” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar saing tadi.

Fahmi berkata “Sebagai menghargai penjawat awam,pula Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.”

“Ianya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan  pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.” kata beliau.

Pakej ini juga akan berkuatkuasa bermula 31 Ogos 2023.

Menurut beliau, kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Loading...
Terkini