comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Globetronics umum peletakan jawatan juruaudit, jamin peralihan lancar

PULAU PINANG: Globetronics Technology Bhd (GTB) mengumumkan bahawa firma pengauditan KPMG Plt telah secara sukarela meletakkan jawatan sebagai juruaudit syarikat, berkuat kuasa 25 September 2024, menurut notis bertulis yang diterima pada 4 September lalu.

GTB menjelaskan bahawa keputusan ini seiring dengan hala tuju strategik baharu yang dipacu oleh pemegang saham dan pengurusan yang baharu.

“Perubahan juruaudit ini tidak akan menjejaskan operasi syarikat. GTB komited untuk terus mematuhi semua obligasi kawal selia dan mengekalkan kesinambungan dalam proses pelaporan kewangan,” jelas kenyataan itu lagi.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada KPMG atas khidmat mereka selama ini. Hubungan positif akan terus dikekalkan sepanjang tempoh peralihan ini,” kata jurucakap GTB.

Dalam kenyataan tersebut, GTB turut menegaskan bahawa proses pengauditan tahun ini masih belum dijalankan oleh KPMG, justeru tiada sebarang impak kepada integriti kewangan syarikat. Proses pemilihan juruaudit baharu kini sedang dilaksanakan, dengan UHY Malaysia telah disenaraipendekkan sebagai calon utama untuk menggantikan KPMG, tertakluk kepada dokumentasi rasmi pelantikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini