Tumpuan :
Detik Niaga

Fokus sektor perkilangan, perkukuh ekonomi

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.

Oleh: Farah Nabilah Wazer

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan disaran meningkatkan pelaburan dalam sektor perkilangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, fokus juga perlu diberi terhadap sektor pembuatan yang berteknologi dan bernilai tinggi.

“Sektor perkilangan bagi syarikat tempatan mempunyai jumlah projek yang tinggi namun jumlah pelaburannya rendah. Sebab itulah kita perlu beralih kepada memperoleh pelaburan domestik yang tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, pelabur domestik dilihat lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan berbanding perkilangan.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga diharap dapat membantu syarikat tempatan untuk meneroka dalam sektor pembuatan.

Ini terutama dari segi penjanaan modal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini