Oleh: Amanda Lopez
KUALA LUMPUR: Platform penyelesaian pengguna dan pelabur kewangan, Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) dilancar bagi meningkatkan skop perlindungan pengguna.
Menurut Pengerusi FMOS, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, ia turut menyediakan perkhidmatan pengantaraan sebagai alternatif kepada sistem kehakiman.
“Semua percuma, tak payah bayar apa-apa untuk fail complaint (aduan) pada FMOS. Ada orang dalam FMOS mendengar aduan mereka,” ujarnya selepas melancarkan FMOS di Sasana Kijang, Bank Negara, hari ini.
Penipuan membabitkan pengeluaran wang dalam bank dan penipuan pelaburan muncul aduan tertinggi yang diterima, diikuti dengan pertikaian insurans pelancongan.
Had monetari bagi pertikaian yang layak adalah RM250,000.
Namun, katanya aduan mengenai kenaikan kos premium insurans bukan di bawah bidang kuasa FMOS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.