comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI Meningkat 1.01 Peratus Pada Sesi Dagangan Tengah Hari, Dipacu Saham Perbankan

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia meningkat 1.01 peratus pada sesi dagangan tengah hari, dipacu oleh saham perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 14.26 mata kepada 1,429.36 daripada penutupan Rabu pada 1,415.10.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 0.38 mata lebih rendah pada 1,414.72.

Hong Leong Bank melonjak 56 sen kepada RM21.42, Public Bank meningkat enam sen kepada RM4.40 dan CIMB menokok 10 sen kepada RM5.49.

Ketiga-tiga kaunter ini menyumbang 5.77 mata kepada indeks utama.

Di pasaran yang lebih luas pula menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 368 berbalas 348, manakala 341 kaunter tidak berubah, 1,305 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.14 bilion unit bernilai RM805.04 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata peningkatan yang dipamerkan oleh kaunter perbankan mengekalkan FBM KLCI melebihi paras 1,400 selepas Affin Bank Bhd mengumumkan dividen khas yang lebih baik daripada jangkaan.

“Walau bagaimanapun, lantunan ini mungkin (bersifat) tidak lama berikutan kebimbangan kemelesetan global manakala lonjakan inflasi UK telah ’’menakutkan’’ pasaran.

“Namun begitu, peniaga mungkin menyaksikan syarikat yang mempunyai lembaran kira-kira yang kukuh untuk melabur dalam jangka panjang,” kata firma itu.– BERNAMA

Loading...
Terkini