Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Thailand rendah dari jangkaan pada suku keempat

BANGKOK: Pertumbuhan ekonomi Thailand merosot lebih daripada jangkaan pada suku keempat 2022 apabila eksport dan pembuatan merosot tetapi pemulihan dalam sektor pelancongan akan terus menyokong pemulihan tahun ini di tengah-tengah permintaan global yang lemah.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu berkembang 1.4 peratus dalam tempoh Oktober hingga Disember berbanding tahun sebelumnya, mengikut data daripada Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) pada Jumaat.

Ia berbanding unjuran kenaikan 3.5 peratus dalam tinjauan Reuters dan semakan semula pertumbuhan 4.6 peratus pada suku September.

Pada asas suku tahunan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) pelarasan musim menyusut 1.5 peratus pada Oktober hingga Disember, di bawah jangkaan kenaikan 0.5 peratus.

Pada 2022, ekonomi yang bergantung kepada pelancongan itu berkembang 2.6 peratus, selepas berkembang 1.5 peratus pada tahun sebelumnya, yang mana adalah antara kadar pertumbuhan paling perlahan di Asia Tenggara.

Walaupun suku keempat yang lebih perlahan, pemulihan ekonomi dijangka lebih baik dengan pembukaan semula China yang lebih awal daripada jangkaan membuktikan rangsangan selanjutnya kepada sektor pelancongan, membantu mengimbangi beberapa kesan eksport yang lemah.

Pada Jumaat, NESDC menjangkakan ekonomi akan berkembang 2.7 peratus kepada 3.7 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding unjuran pertumbuhan sebelumnya tiga peratus hingga empat peratus.

Dengan kembalinya pelawat China, agensi itu kini menjangka Thailand menerima 28 juta ketibaan pelancong asing tahun ini, meningkat berbanding 23.5 juta yang diunjurkan sebelum ini.

Thailand mengatasi sasaran pelancongannya pada 2022 dengan 11.15 juta pelawat asing.Ia menerima pelawat pada paras rekod hampir 40 juta pada prapandemik 2019, yang membelanjakan 1.91 trilion baht (AS$55.75 bilion).

Loading...
Terkini