Oleh: Amanda Lopez
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4-5% tahun ini.
Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih baik tahun ini dilihat dipacu pengembangan permintaan kukuh dan pemulihan aktiviti eksport.
Katanya, sektor perkhidmatan seperti aktiviti pelancongan dan aktiviti eksport yang kembali rancak serta pembuatan dijangka kekal menerajui pertumbuhan tahun ini.
Perdagangan di peringkat global dijangka meningkat 2.9%-4% tahun ini, lebih tinggi berbanding 0.4% pertumbuhan yang direkod tahun lalu.
“Inflasi keseluruhan pula dijangka antara 2.0%-3.5% tahun ini. Jangkaan inflasi yang luas kali ini kerana ianya turut mengambil kira impak rasionalisasi.” katanya dalam mengumumkan Laporan Tahunan BNM pagi tadi.
Jelas beliau, langkah penstrukturan semula penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan kukuh pada masa depan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.