comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia dijangka atasi anggaran awal pada suku pertama

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024 yang akan diumumkan pada Jumaat ini dijangka mengatasi jangkaan awal 3.9 peratus yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, demikian menurut penganalisis.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang lebih 4.0 peratus pada suku terbabit berbanding pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2023.

Jangkaan pertumbuhan yang lebih baik itu dibuat berdasarkan petunjuk output dan aktiviti sektor ekonomi utama yang positif setakat ini.

Pada suku pertama 2024, Indeks Pengeluaran Industri (IPI) dilihat berkembang pantas 3.3 peratus berbanding 0.8 peratus pada suku keempat 2023 berikutan kemajuan dalam pembuatan, perlombongan dan elektrik.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini pada paras 4.0 peratus disokong perbelanjaan swasta.

Beliau berkata, pasaran buruh yang kekal stabil dengan kadar pengangguran yang rendah 3.3 peratus bermakna ramai rakyat Malaysia yang mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan.

“Data seperti perdagangan runcit terus meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM62.8 bilion pada Mac berbanding pertumbuhan 5.8 peratus pada bulan yang sebelumnya.

“Selain itu, sektor luaran juga dijangka membantu dengan sektor pembuatan telahpun mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 2.1 peratus pada suku pertama setelah berada di paras negatif bagi suku ke empat dan ketiga pada 2023 berdasarkan pecahan data IPI,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini