comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia bertumbuh 3.3% pada suku ketiga – DOSM

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) Malaysia bertumbuh sebanyak 3.3% pada suku ketiga tahun ini, berbanding 2.9% pada suku kedua.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), prestasi ekonomi bulanan meningkat 4.2% pada Julai, menyederhana kepada 3.2% pada Ogos dan 2.5% pada September 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, sektor perkhidmatan dan pembinaan memacu prestasi keseluruhan, manakala sektor pertanian menunjukkan pemulihan selepas penurunan pada suku tahun sebelumnya.

“Perbelanjaan penggunaan akhir isi rumah dan pembentukan modal tetap kasar terus memacu pertumbuhan ekonomi pada suku ini. Justeru, ekonomi Malaysia bertumbuh sebanyak 3.9 peratus bagi tiga suku tahun pertama 2023, berbanding tempoh sama tahun lalu pada 9.2 peratus,“ katanya sempena pengumuman KDNK Suku Ketiga hari ini.

Foto: DOSM

Dari segi prestasi sektoral, sektor perkhidmatan meningkat 5% pada suku ketiga berbanding 4.7% pada suku kedua. Sektor pembinaan berkembang 7.2% berbanding 6.2%. Sektor pertanian menunjukkan tanda pemulihan dengan pertumbuhan 0.8% selepas penurunan 1%.

Selari dengan prestasi di beberapa negara dagangan, eksport dan import menyusut 12% dan 11.1% berbanding penurunan 9.4% dan 9.7% suku kedua. Ini berikutan permintaan global yang lemah terhadap eksport dan import barangan. Sehubungan itu, eksport bersih terus merosot 22.7% berbanding penurunan 3.7% pada suku tahun sebelumnya.

Foto: DOSM

Bagi prestasi ekonomi di rantau ASEAN, Vietnam dan Filipina, KDNK terus berkembang masing-masing sebanyak 5.3% dan 5.9%. KDNK Indonesia meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu 4.9% berbanding 5.2% suku kedua. Manakala ekonomi Singapura bertumbuh 0.7%.

Di kalangan ekonomi maju, pertumbuhan KDNK tidak menentu. Amerika Syarikat dan Republik Korea mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik masing-masing 2.9% dan 1.4%. Sementara itu, ekonomi China menyederhana kepada 4.9% berbanding 6.3% dan Kesatuan Eropah 0.1 peratus berbanding 0.4%.

Loading...
Terkini