comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia berkembang 4.2% Jan-Mac 2024

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus bagi suku pertama tahun ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun ini didorong perbelanjaan penggunaan isi rumah yang tinggi, disokong keadaan pasaran buruh yang stabil serta kadar pengangguran yang rendah.

Tambah beliau, musim perayaan dan permulaan sesi persekolahan 2024 antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam perbelanjaan isi rumah, di samping pembayaran Insentif Awal Kajian Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam dan Sumbangan Tunai Rahmah pada awal tahun ini.

Selain daripada itu, bilangan ketibaan pelancong yang tinggi pada suku tahun ini juga telah meningkatkan aktiviti berkaitan pelancongan.

Prestasi ekonomi pada suku tahun ini juga disumbangkan pembangunan projek berskala besar dan pelaburan dalam pusat data serta penambahbaikan tempoh permohonan kemasukan pekerja asing bagi menampung keperluan permintaan pekerja khususnya di sektor perladangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini