comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Madani bantu makmurkan Malaysia secara mampan, lindungi kesejahteraan rakyat – Kumpulan Pemikir

KUALA LUMPUR:Kumpulan Pemikir Malaysia menyambut baik kerangka dasar Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disasarkan untuk memakmurkan Malaysia secara mampan dan melindungi lagi kesejahteraaan rakyat.

Mereka juga berharap hampir kesemua tujuh sasaran Ekonomi Madani boleh dicapai dalam dekad akan datang, termasuk berada dalam kalangan 30 ekonomi terbesar dunia dan menduduki senarai 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global.

Kumpulan pemikir juga percaya bahawa kemampanan fiskal boleh dicapai dengan negara mampu mencapai defisit fiskal sebanyak tiga peratus atau lebih rendah lagi.

Pada Khamis, Anwar memperkenalkan platform Ekonomi Madani untuk menyusun semula ekonomi bagi mendukung usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju di rantau Asia Tenggara.

Ini, kata Perdana Menteri, akan memberi manfaat kepada rakyat yang seterusnya memberikan mereka kualiti hidup yang lebih baik.

Rangka kerja itu juga akan menjadi asas kepada beberapa dasar khusus lain yang akan diumumkan kemudian, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Loading...
Terkini