Tumpuan :
Detik Niaga

e.MAS 7 dipilih kenderaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan SUV elektrik pertama Malaysia, Proton e-MAS 7 di ibu negara, hari ini.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, dipilih sebagai kenderaan rasmi bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata e.MAS 7 ini bukan sahaja kenderaan, tetapi ia memenuhi salah satu tonggak ekonomi.

“Dari sudut pandangan kenderaan elektrik (EV) dan usaha kita untuk membuat perubahan, meninggalkan industri karbon lama kepada yang baharu,” katanya pada Majlis Pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama buatan Malaysia, e.MAS 7 di bawah jenama Proton, siang tadi.

Jelasnya, ketika ini lebih daripada 75 peratus tenaga yang digunakan di Asia berasal daripada hidrokarbon dan permintaan itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030.

“Sekarang kita mesti mengimbangi permintaan dengan sekuriti, kemampuan, dan kemampanan. Di bawah Inisiatif Peralihan Bertanggungjawab, Malaysia meningkatkan daya saingnya dengan mengurangkan kebergantungan bahan api fosil dan memupuk pertumbuhan dalam mobiliti hijau, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyimpanan tenaga,” ujarnya.

Tambah Anwar, unjuran Malaysia menunjukkan negara ini boleh menghasilkan peluang pelaburan sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.

Selain itu, katanya, ia mampu menambahkan lagi sumbangan sebanyak RM220 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini