KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum, mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Johor Bahru (Taman Molek), dan Ipoh (Bandar Seri Botani).
Kemudahan baharu ini menekankan komitmen berterusan DC Healthcare untuk meluaskan jangkauan dan menjadikan rawatan estetik terulung lebih mudah diakses di seluruh Malaysia.
Dilengkapi dengan teknologi estetik termaju dan dikendalikan oleh pasukan profesional berpengalaman, cawangan baharu ini mencerminkan dedikasi DC Healthcare terhadap kecemerlangan dan penjagaan berpusatkan pesakit.
Pengenalan kemudahan ini sejajar dengan visi strategik Kumpulan untuk meningkatkan portfolio perkhidmatannya dan mengukuhkan kehadiran dalam industri perubatan estetik.
Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tze Sheng, berkata perasmian cawangan baharu di Johor Bahru dan Ipoh, adalah peristiwa penting dalam perjalanan syarikat.
“Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan perkhidmatan kami tetapi juga membawa kami lebih dekat dengan pelanggan kami, menawarkan mereka akses yang tiada tandingan kepada penyelesaian estetik peringkat teratas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.