comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

CIMB lanjut bantuan bayaran fleksibel pinjaman PKS

Foto : Reuters

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) melanjutkan bantuan pembayaran fleksibel dan mudah bagi menggalakkan daya tahan kewangan jangka panjang pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic) terus menyediakan penyelesaian pembiayaan komprehensif dengan struktur pembayaran balik fleksibel serta berperingkat bagi 25 peratus dan 50 peratus ansuran bulanan sedia ada sehingga 12 bulan.

Kaedah itu disediakan melalui permohonan dan proses kelulusan mudah dengan dokumen minimum diperlukan.

Selain itu, CIMB juga  menyediakan struktur pembayaran yang distruktur dan dijadual semula (R&R) khusus kepada PKS bagi memenuhi tuntutan serta komitmen pembayaran balik mereka.

“Pihak bank komited untuk terus mempermudah serta menyokong tahap kewangan dan daya tahan pelanggan kami dalam pada mereka beralih kepada pemulihan ekonomi.”

“Sehubungan itu, kami memberikan jaminan kepada pelanggan bahawa bantuan kewangan disediakan untuk membantu mereka mendepani tempoh masa ini selain menyokong kemampanan dan daya maju perniagaan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbankan Komersial CIMB, Ahmad Shazli Kamarulzaman dalam satu kenyataan.

Setakat Mei 2023, CIMB telah menyediakan bantuan pelepasan pembayaran kewangan berjumlah kira-kira RM1 bilion dari segi nilai pinjaman kepada peminjam PKS.

Loading...
Terkini