comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia kemuka pertanyaan UMA kepada Widad group, Tanco

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) masing-masing kepada Widad Group Bhd dan Tanco Holdings Bhd berikutan penurunan ketara harga saham pada Khamis.

Pada akhir dagangan, saham Widad merosot 61.22 peratus atau 30 sen kepada 19 sen daripada 49 sen ketika ditutup pada Rabu, dengan 190.34 juta saham bertukar tangan.

Sementara itu, saham Tanco susut 22.14 peratus atau 14.5 sen kepada 51 sen daripada 65.5 sen pada Rabu, dengan 66.59 juta saham didagangkan.

“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil maklum terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA, yang akan dipaparkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat,” menurut Bursa Malaysia dalam kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan laman web rasmi, Widad Group ialah syarikat pegangan pelaburan yang menjalankan kegiatan terutama pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu.

Tanco pula menjalankan perniagaan terutama melibatkan pembangunan hartanah dan perniagaan berkaitan pelancongan, aktiviti senggang serta hiburan.

Loading...
Terkini