comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.30 mata untuk ditutup kepada 1,463.37 daripada 1,464.67 sewaktu ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka menyusut 0.62 mata dan bergerak antara 1,458.66 dan1,465.55 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 517 kepada 385, manakala 461 kaunter tidak berubah, 985 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan turun kepada 3.27 billon unit bernilai RM2.17 bilion daripada 3.76 bilion unit bernilai RM2.34 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata trend bagi ekuiti Malaysia kekal positif, dipacu oleh sentimen serantau yang bertambah baik dan sokongan tinggi daripada pelabur asing.

“Walaupun berlaku aktiviti pengambilan untung hari ini, kami menyifatkannya sebagai isyarat positif memandangkan langkah ini membolehkan pasaran untuk menyerap aliran kenaikan baru-baru ini.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan menokok dalam jajaran 1,460-1,480 untuk tempoh berbaki minggu ini, dengan paras rintangan serta-merta pada 1,465 dan sokongan pada 1,430,” katanya kepada Bernama.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.32 mata kepada 172.85, Indeks Perladangan berkurangan 32.79 mata kepada 6,957.86, Indeks Tenaga mengukuh 5.59 mata kepada 870.88, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.01 mata kepada 16,459.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.10 bilion unit bernilai RM1.91 bilion berbanding 2.59 bilion unit bernilai RM2.08 bilion semalam.

Loading...
Terkini