![](https://media.buletintv3.my/2022/12/h2YAweOb-CMS-PPZ-11.jpg)
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat kembali pagi ini untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada urus niaga Khamis seiring dengan pergerakan cergas semalaman Wall Street di tengah-tengah keyakinan pengguna yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.18 peratus atau 2.57 mata kepada 1,465.12 daripada 1,462.55 pada penutupan dagangan Rabu.
Pasaran memulakan dagangan dengan meningkat 1.24 mata pada 1,463.79.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 229 berbanding 123, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 353.75 juta unit bernilai RM104.16 juta. —- BERNAMA