comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.50 mata kepada 1,508.78 daripada 1,506.28 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.83 mata kepada 1,508.11.Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 288 berbanding 178 manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,485 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 476.69 juta unit bernilai RM220.03 juta.

Menurut Malacca Securities, pada minggu ini, pasaran akan memantau beberapa perkara seperti Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan di AS.

“Secara keseluruhannya, kami menjangka sokongan belian akan kekal dalam pasaran saham Malaysia. Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent terus meningkat, kini berada melebihi paras US$83 setong dengan potensi pakej rangsangan China, selain ketegangan yang berterusan di rantau Timur Tengah,” katanya dalam nota penyelidikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini