KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh sentimen secara keseluruhan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman yang positif.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.
FBM KLCI dibuka tinggi 2.34 mata kepada 1,608.47.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 234 manakala 325 kaunter tidak berubah, 1,583 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 360.24 juta unit bernilai RM158.78 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, jualan runcit AS berada di bawah jangkaan dan pasaran dijangka menggesa kepada penurunan kadar faedah pada bila-bila masa pada separuh kedua 2024.
Katanya Wall Street ditutup tinggi dengan Nasdaq masih mendahului dan Nvidia telah menggantikan Microsoft dan Apple sebagai syarikat permodalan pasaran terbesar, menjadikannya syarikat awam paling bernilai di AS.
Dari aspek teknikal, katanya indeks utama bercampur-campur dengan paras halangan dijangka pada 1,620-1,625 dan paras sokongan pada 1,585-1,590.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.