Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia catat untung sembilan bulan RM192.8 juta

Datuk Muhamad Umar Swift. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) RM192.8 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2023, 8.6 peratus lebih tinggi daripada RM177.6 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ketara PATAMI itu adalah disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah, susut sebanyak 2.4 peratus kepada RM209.6 juta pada sembilan bulan 2023 daripada RM214.7 juta pada sembilan bulan 2022 disebabkan kepada pembalikan satu kali peruntukan.

Sementara itu, jumlah hasil operasi menurun sedikit sebanyak 0.8 peratus kepada RM441.7 juta pada sembilan bulan 2023, berbanding RM445.2 juta pada sembilan bulan 2022.

Selain itu, pasaran sekuriti turut mencatatkan penurunan 3.3 peratus dalam pendapatan dagangan, berjumlah RM196.4 juta pada sembilan bulan 2023 berbanding RM203 juta pada sembilan bulan 2022.

Penurunan itu disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih rendah untuk dagangan pasaran sekuriti (OMT) dan dagangan perniagaan langsung (DBT), yang berjumlah RM2.1 bilion berbanding RM2.2 bilion pada sembilan bulan 2022.

Malah, perkhidmatan penyenaraian dan penerbit menurun sebanyak 8.3 peratus kepada RM47 juta daripada RM51.3 juta pada sembilan bulan 2022 disebabkan oleh yuran pemprosesan serta yuran penyenaraian tambahan yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata pihaknya menjangkakan untuk memenuhi kebanyakan petunjuk prestasi utama bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Loading...
Terkini