comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia bakal lancar Dinar Emas Digital akhir tahun ini

Oleh : Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bakal melancarkan Dinar Emas Digital, akhir tahun ini bagi memenuhi permintaan pelabur tempatan yang gemarkan pelaburan komoditi itu.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata platform itu kini sedang dalam peringkat pembangunan oleh Bursa Malaysia.

“Ketika ini apabila mereka melabur dalam emas, susut nilai boleh menjadi sangat tinggi, sebanyak 7%. Apa yang kami akan lakukan sebenarnya adalah untuk menawarkan platform di mana mereka boleh melabur dalam emas pada susut nilai yang jauh lebih berpatutan,” katan pada Persidangan Pelaburan Syariah 2023.

Tambahnya, Bursa Malaysia mensasar untuk menawarkan nilai susut yang lebih rendah, di bawah 2%.

“Jadi ia akan menjadi jauh lebih rendah, sasaran kami akan berada di bawah 2%. Kami sedang mengusahakan, memperincikan sistem, ia akan dilancarkan, menjelang akhir tahun, insya-Allah,” katanya.

Pelan pelancaran ini selari dengan hasrat Bursa Malaysia untuk terus terbabit secara aktif dengan pesertanya untuk membangunkan produk patuh syariah baharu.

Salah satu platfrom yang dilancarkan sebelum ini ialah Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama di dunia.

Loading...
Terkini