comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia akhiri minggu ini dengan prestasi positif

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di seluruh rantau ini dengan pembelian terutama dalam saham telekomunikasi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.33 peratus atau 5.15 mata kepada paras tertinggi harian pada 1,590.09 daripada 1,584.94 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras yang dibuka 1.41 mata lebih rendah kepada 1,583.53, berkurangan kepada mata terendah 1,581.52 pada awal dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 673 berbanding 411, dengan 488 kaunter tidak berubah, 841 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menambah kepada 4.30 bilion unit bernilai RM3.08 bilion daripada 4.23 bilion unit bernilai RM3.13 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama berakhir lebih tinggi semasa belian pada harga rendah.

Pada masa sama, keyakinan pelabur terus disokong dengan pandangan bahawa data inflasi Amerika Syarikat yang mereda mungkin mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar tahun ini.“Di bursa tempatan, FBM KLCI meneruskan penurunan semula minggu ini tetapi mengalami lantunan kecil hari ini.

“Walaupun terdapat peningkatan ini, kami menjangkakan FBM KLCI mungkin mengalami konsolidasi selanjutnya dan mewujudkan asas dalam jangka pendek hingga pertengahan,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini