comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Borong, runcit catat jualan RM134.3 bilion pada Februari

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Nilai jualan bagi perdagangan borong dan runcit mencecah RM134.3 bilion, meningkat 14.7 peratus pada Februari 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi itu didorong oleh subsektor perdagangan runcit yang mengatasi subsektor lain dengan peningkatan sebanyak RM9.4 bilion atau 19.2 peratus kepada RM58.2 bilion.

Jualan kenderaan bermotor juga berkembang dengan 36.1 peratus atau RM4.5 bilion kepada RM16.9 bilion.

Katanya, dalam tempoh yang sama, perdagangan borong meningkat 5.9 peratus atau RM3.3 bilion kepada RM59.1 bilion.

“Walau bagaimanapun, bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit menurun 0.6 peratus, disebabkan oleh subsektor perdagangan borong dan perdagangan runcit masing-masing merosot sebanyak 2.0 peratus dan 2.4 peratus,” katanya dalam kenyataan

Prestasi Perdagangan Borong & Runcit, Februari 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir berkata pertumbuhan subsektor perdagangan runcit sebanyak 19.2 peratus pada Februari 2023 disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 21.1 peratus atau RM3.9 bilion kepada RM22.1 bilion.

Katanya, kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan (24.2 peratus), jualan runcit bahan api kenderaan (45.9 peratus), jualan runcit makanan, minuman & tembakau (18.4 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (7.5 peratus), jualan runcit peralatan komunikasi & maklumat (8.0 peratus), jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (14.0 peratus) dan jualan runcit di gerai dan pasar (21.0 peratus).

Loading...
Terkini