Tumpuan :
Detik Niaga

BNM tidak cadang perkenal peraturan baharu bendung ringgit – Penganalisis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memberi bayangan bahawa ia tidak bercadang untuk mengenakan peraturan baharu seperti meletakkan had ke atas hasil eksport dalam mata wang asing, demikian mengikut penganalisis.

Penganalisis by CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Nazmi Idrus, berkata cerminan yang diberikan bank pusat dinyatakan ketika ditanya penganalisis pada mesyuarat pasca Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengenai kemungkinan langkah untuk membendung kelemahan ringgit.

Beliau berkata, BNM turut menyatakan prospek pertumbuhan domestik, serta pembaharuan ekonomi akan memainkan peranan dalam menentukan nilai mata wang.”Bank pusat nampaknya tidak terganggu dengan kelemahan ringgit baru-baru ini dan ia tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan dasar tambahan.

“Ini kerana BNM menyatakan dalam beberapa bulan akan datang, kerajaan akan mengumumkan beberapa keutamaan dasar termasuk dasar perindustrian baharu, kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2024.

“Langkah dasar itu seharusnya dapat membantu meningkatkan pandangan pasaran terhadap prospek bagi ekonomi Malaysia dan ringgit,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Nazmi berkata, CGS-CIMB Securities juga menjangkakan tiada lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk sepanjang tahun ini menjadikan ia kekal pada 3.00 peratus.

Beliau berkata, keseimbangan risiko kepada pertumbuhan kini condong ke arah bawah, dengankemungkinan kelembapan global dijangka kelihatan lebih ketara daripada sebelumnya.Katanya, ini terutamanya memandangkan kesan yang tidak kelihatan daripada pembukaan semula sempadan China.

Loading...
Terkini