comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] BNM naik kadar OPR ke 3.00%

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai sekarang adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.

Susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

MPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Loading...
Terkini