comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

BNM, empat bank pusat ASEAN setuju matlamat tubuh ‘Projek Nexus’

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank pusat Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand telah bersetuju mengenai matlamat bersama untuk menubuhkan ‘Projek Nexus’, platform pelbagai hala (rangkaian pembayaran rentas sempadan) bertujuan menghubungkan sistem pembayaran domestik.

Ketua Hab Inovasi Bank for International Settlements (BIS) yang berpangkalan di Singapura, Maha El Dimachki menekankan kepentingan visi bersatu lima rakan kongsi dalam memastikan pelancaran projek itu berjaya.

Mempunyai visi dan strategi yang dikongsi adalah penting untuk kemajuan projek dan mengatasi pelbagai halangan.

“Anda perlu memastikan bahawa terdapat visi dan strategi yang dikongsi bersama; Jika tidak, tidak ada gunanya kerana terlalu banyak perbezaan,” katanya pada sesi Simposium Sasana 2024 anjuran BNM hari ini.

BIS adalah penyelaras Projek Nexus.

Sesi Simposium Sasana bertajuk ‘Pembayaran Masa Depan’ membincangkan ketersambungan pembayaran pelbagai hala untuk ASEAN dengan fasa seterusnya Projek Nexus memfokuskan pada peralihan sistem Nexus sedia ada kepada model berdaya maju dari segi operasi dan kewangan menjelang 2025.

El Dimachki berkata, rundingan mengenai Projek Nexus adalah lebih kompleks daripada perjanjian dua hala kerana ia adalah platform pelbagai hala membabitkan lima negara.”Kami telah bekerja dan menguji dengan Projek Nexus.

Kami telah menyiapkan projek prototaip…ia terbukti berjaya.”Bagaimanapun, wujud lebih banyak elemen daripada teknologi termasuk rundingan skim, penyelesaian pertikaian dan elemen untuk memastikan pembayaran rentas sempadan adalah selamat,” katanya.

EL Dimachki berkata, BIS menyokong objektif bank pusat untuk memberi perkhidmatan yang bermanfaat kepada orang ramai dan juga terikat dengan enam prinsip garis panduan: matlamat dasar awam, skalabiliti, ketangkasan, keterangkuman, berkecuali dan daya maju komersial.

“Kami sedang mengusahakan projek yang memerlukan insentif untuk peserta atau rakan kongsi dalam ekosistem bagi melihat bahawa terdapat nilai dalam melakukan langkah ini dan ia perlu menjadi struktur yang berdiri di atas kakinya sendiri,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini