comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] BNM, bank, agensi kerajaan bekerjasama tangani penipuan kewangan dalam talian

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan kerjasama dengan institusi kewangan utama bagi memerangi penipuan kewangan dalam talian.

Oleh itu, semua bank utama di Malaysia telah melaksanakan langkah balas yang diumumkan oleh bank pusat berkenaan pada September 2022.

Dalam temu bual eksklusif dengan Bernama dan Sin Chew Daily, Timbalan Gabenor BNM Datuk Marzunisham Omar berkata bank pusat itu serta pemain industri sentiasa mahu melindungi pengguna berikutan peningkatan kes penipuan kewangan dalam talian yang dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Foto hiasan

“Daripada perspektif BNM, yang turut dikongsi oleh industri perbankan, kami memandang serius keselamatan perkhidmatan kewangan, inilah sebabnya mengapa institusi kewangan termasuk institusi perbankan, tertakluk kepada standard keselamatan siber yang sangat ketat dan keperluan IT yang dikenakan oleh BNM,” katanya, sambil menyatakan bahawa majoriti bank utama di Malaysia telah melaksanakan semua langkah ini seperti yang dikehendaki oleh BNM.

Lima langkah balas yang diumumkan pada September 2022 merangkumi keperluan untuk bank berhijrah daripada SMS One-Time Passwords (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat; mengetatkan peraturan pengesanan penipuan bank dan pencetus bagi mengesan termasuk menyekat transaksi yang mencurigakan; tempoh pengesahan dan penyejukan untuk pendaftaran kali pertama perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat; menghadkan bilangan peranti berdaftar ke satu peranti dan mewujudkan talian khas penipuan untuk mangsa menghubungi bank bagi melaporkan kejadian penipuan dengan segera.

Langkah-langkah lain termasuk “suis mati” dan tiada pautan dalam SMS, juga diberi mandat sebagai langkah tambahan yang akan diambil oleh industri perbankan untuk memerangi penipuan kewangan.

Secara kolektif, langkah-langkah ini telah menunjukkan hasil dalam mengurangkan bilangan pembayaran dalam talian yang tidak dibenarkan. – BERNAMA

Loading...
Terkini