comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bilangan penganggur di Malaysia semakin berkurangan

Bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada bulan November 2023. – FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran pada bulan November 2023 turun kepada 3.3 peratus dan kembali ke paras prapandemik, mencatatkan seramai 569,200 orang penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr.Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan November 2023, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala pengangguran terus menurun.

“Oleh itu, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada bulan November 2023, naik sebanyak

0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Oktober 2023.

“Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2023 kekal pada 70.1 peratus, sama seperti pada bulan sebelumnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bekerja pada November 2023 terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah kepada seramai 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

“Kadar pengangguran pada bulan itu turun kepada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada bulan terdahulu,” katanya.

Mohd Uzir berkata, daripada jumlah bilangan penduduk bekerja pada bulan November 2023, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja.

Katanya, kategori ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.37 juta orang.

“Pada masa yang sama, kategori penduduk bekerja sendiri berada dalam trend menaik, meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 2.99 juta orang,” katanya.

Loading...
Terkini