comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Berjaya buat laporan polis, siasat sumber tidak dinamakan dalam isu lesen kasino

Projek pembangunan lestari Forest City

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation membuat laporan polis Jumaat lalu terhadap laporan oleh media asing, Bloomberg dan Edge Singapore, berhubung dakwaan kerajaan sedang pertimbang lesen kasino bagi Forest City, Johor.

Mereka juga mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengenalpasti, antara lain, sumber yang tidak dinamakan yang menyebarkan kenyataan palsu dan tidak benar itu.

Menurut Berjaya, laporan media berkenaan disiarkan dengan niat jahat, bertujuan untuk menimbulkan pergolakan politik.

Selain laporan sedemikan juga menjejaskan kepercayaan dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat dikesali, pihak Bloomberg mahupun Edge Singapore, tidak membuat sebarang percubaan untuk mengesahkan kebenaran dan ketepatan kenyataan dalam artikel terbabit sebelum menerbitkannya, terutama apabila kenyataan itu daripada  “sumber yang tidak dinamakan”.

Berjaya sekali lagi menegaskan, pengasasnya Tan Sri Vincent Tan tidak terlibat dengan sebarang perbincangan berhubung projek Forest City.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini