comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Belia 18-20 tahun boleh daftar, terima kredit RM200 mulai 26 Jun ini

 

Oleh:Amanda Lopez

PUTRAJAYA: Seramai 2 juta belia akan menerima RM200 menerusi program ebeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu.

Selain bertujuan untuk mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, kata beliau ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

Dengan ini, belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar dan menuntut kredit tunai ebeliaRahmah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

Manakala, kredit tunai ini serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Kredit e-tunai itu boleh diterima daripada salah satu tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Untuk program ini, Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta di bawah Belanjawan 2023.

Selain bantuan kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program ini.

Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Loading...
Terkini