KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri, meninggal dunia pagi ini.Surina, 48, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 9 pagi selepas lama bertarung dengan kanser.Mengikut makluman keluarganya di platform media sosial, jenazah akan dibawa terus ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) sebaik saja urusan mengeluarkan jenazah daripada hospital selesai.
Menurut ahli keluarganya, jenazah dijangka tiba selewat-lewatnya waktu Zohor.
Surina yang membina sebahagian besar kerjaya profesionalnya di Amerika Syarikat (AS) menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MDEC dari Januari 2019 hingga Ogos 2021.
Beliau juga dinamakan sebagai salah seorang daripada tokoh berpengaruh dalam senarai ‘World’s 50 Most Influential People Revolutionising Governance in the Agile 50’ oleh Apolitical and the World Economic Forum’s Global Future Council on Agile Governance pada 2020.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.