Tumpuan :
Detik Niaga

BCM teroka sektor automotif mapan, keluarkan modul 5G di Kulim

Foto hiasan

KULIM: BCM Electronics Corporation Sdn Bhd (BCM), anak syarikat milik penuh Aurelius Technologies Bhd, mengumumkan pengembangan strategik BCM ke dalam modul komunikasi 5G dan pembuatan komponen automotif baharu di Kulim Techno City.

Pengumuman itu dilakukan sempena menyambut ulang tahun ke-30 di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP), yang menandakan tiga dekad transformasi dan penubuhannya.

BCM mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa ia telah memulakan pembuatan modul komunikasi 5G dengan aplikasi dalam IOT dan komponen automotif, menandakan penembusan dalam industri automotif mapan.

Di samping itu, BCM telah menetapkan rancangan untuk membina loji tambahan pada 2024 di tanah perindustrian seluas 301,874 kaki persegi yang diperoleh baru-baru ini yang terletak di Kulim Techno City dalam persekitaran KHTP.

Kemudahan baharu ini akan menjadi Hab Automotif untuk BCM, sejajar dengan rancangan strategik syarikat untuk mempercepatkan tumpuannya pada pembuatan komponen automotif dan untuk membangunkan perniagaan OSAT.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif BCM, Loh Hock Chiang berkata, sebagai menghormati masa lalu syarikat dan melihat ke arah masa depan yang mengujakan beliau mengajak semua agar mengingati nilai teras yang telah mendorong kejayaan iaiti amanah, integriti dan hormat.

“Prinsip ini akan membimbing kami semasa kami menempa laluan baharu dalam teknologi 5G dan pembuatan komponen automotif. Komitmen kami terhadap inovasi dan kemampanan menggariskan visi kami untuk 30 tahun akan datang dan seterusnya, sambil kami berusaha untuk memperkasakan laluan pertumbuhan mampan kami dan mentakrifkan semula landskap teknologi,” katanya di sini hari ini.

Loading...
Terkini