comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bawa pulang dana: GLICS dijangka suntik RM20b-30b ke dalam Bursa Malaysia

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Langkah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam membawa pulang pendapatan pelaburan asing,dijangka menyuntik dana sehingga RM30 bilion ke dalam Bursa Malaysia.

Ketua Penyelidiknya Rakuten Trade, Kenny Yee berkata,, suntikan dana itu akan menambah kecairan modal domestik dan merancakkan lagi pasaran saham tempatan.

“Kami berkemungkinan melihat suntikan dana antara RM20bilion hingga RM30bilion ke dalam Bursa yang boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam meletakkan asas yang kukuh untuk pasaran tempatan. Jumlahnya boleh menjadi lebih daripada yang dijangkakan. Apa yang saya cuba katakan ialah ia sangat positif.” katanya dalam satu taklimat media mengenbai prospek suku ke-3 tahun ini.

GLICS ang dimaksudkan adalah Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Bhd(PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)  dan Lembaga Tabung Haji.

Enam GLICS ini mengurus dana bernilai hampir RM1.9 trilion dalam dan luar negara.

Dengan itu,, institusi pelabur dan pelabur asing menjadikan pasaran lebih rancak sehingga purata nilai dagangan harian mencecah RM4.6 bilion.

Angka itu mengatasi purata 10 tahun nilai dagangan harian pada RM3.8 bilion ringgit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini