comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Barry Callebaut bekalkan bahan untuk produk coklat dan koko bernilai RM2 bln dari Malaysia

FOTO: (Dari kiri) Pengarah Urusan Barry Callebaut Malaysia, Robert Kotuszewski melancarkan Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik (APAC BEC) syarikat itu.

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Barry Callebaut membekalkan bahan untuk produk coklat dan koko berkualiti tinggi bernilai RM2 bilion dari Malaysia ke 57 negara.

Syarikat berpengkalan Switzerland itu juga memilih Malaysia menjadi Pusat Kecemerlangan Perniagaan pertamanya di Asia Pasifik.

Pengarah Urusan Barry Callebaut Malaysia, Robert Kotuszewski, berkata syarikat telah bertapak di Malaysia selama lebih 30 tahun dan memilih Malaysia susulan infrastruktur dan kumpulan bakat yang kukuh serta dipacu kestabilan politik.

“Pusat Kecemerlangan Perniagaan ini menggabungkan perkhidmatan perkongsian dalam kewangan dan beberapa perkhidmatan korporat untuk rantau Asia Pasifik, sekaligus menunjukkan hastrat syarikat untuk terus melabur di Malaysia,” beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik (APAC BEC) syarikat itu.

Dalam pada itu, beliau positif terhadap permintaan dan potensi pertumbuhan yang kukuh dalam industri koko dan coklat tahun ini, walaupun masih mengalami tekanan inflasi.

Syarikat itu berkembang pada kadar lebih tinggi berbanding purata pertumbuhan industri pada dua hingga empat peratus setiap tahun.

Sejak 1990, Barry Callebaut telah melabur RM1.3 bilion di Malaysia.

Loading...
Terkini