comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bakat tempatan dalam semikonduktor & pusat data jadi tumpuan TalentCorp

Ketua Bahagian Kelestarian Kehidupan-Bekerja TalentCorp, Annapooranee Suppiah -Foto: NSTP

Oleh: Amada Lopez

KUALA LUMPUR: Talent Coporation Malaysia (TalentCorp) kini memberi tumpuan untuk mencungkil bakat tempatan dalam sektor semi konduktor dan pusat data.

Menurut Ketua Bahagian Kelestarian Kehidupan-Bekerja TalentCorp, Annapooranee Suppiah, ia bagi memastikan permintaan industri dapat diisi bakat tempatan selaras usaha kerajaan menarik pelaburan dalam dua sektor terbabit.

“Kami sememangnya sudah bekerjasama dengan industri seperti semikonduktor, pusat data dan sebagainya untuk memenuhi tenaga kerja mahir di bawah program MyMahir Future Skills Talent Council di mana kami ada sektor dipanggil
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan elektrikal dan elektronik (E&E) yang akan memenuhi tenaga kerja mahir.” katanya

Katanya, sektor yang turut mempunyai permintaan tinggi adalah aeroangkasa, pemprosesan makanan serta pembinaan.

Melalui inisiatif MyHeart, TalentCorp turut menghubungkan profesional Malaysia yang bekerja di luar negara dengan industri tempatan dan pelabur.

Jika terdapat keperluan untuk membawa pulang pakar tempatan, ia akan dilakukan menerusi program kepulangan pakar TalentCorp.

Sejak 2011, lebih 4,000 rakyat Malaysia telah pulang ke tanahair.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini