comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Asia miliki kekuatan ekonomi untuk berdepan cabaran semasa – PM Anwar

Oleh: Amanda Lopez

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Asia kini memiliki kekuatan ekonomi, kapasiti strategik dan kerjasama yang diperlukan bagi mengharungi cabaran krisis geopolitik, perubahan teknologi yang pantas yang meningkatkan jurang ekonomi dan sosial.

Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil positif ketersambungan , integrasi dan kerjasama Asia telahpun terbukti menerusi perjanjian perdagangan mega serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Transpasifik (CPTPP).

Pagi tadi, Datuk Seri Anwar menyampaikan ucaptama bertajuk “Asian leadership in an uncertain world” pada persidangan berprestij-29th Nikkei Forum “Future of Asia” pertama kali sebagai perdana menteri.

Dalam ucaptama beliau berkata Asia kini menyumbang lebih 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia berbanding hanya 28 peratus tiga dekad lalu.

“Cabaran-cabaran yang kelihatan tidak dapat diatasi ini mendorong kita untuk mencari dan menjalin kepimpinan Asia yang diperbaharui. Sesungguhnya, apabila krisis dunia semakin berkembang, bergelora, dan pergolakan ekonomi dan geopolitik mengancam untuk memesongkan kita, sudah tentu, Asia akan melakukan yang baik untuk memastikan layar kita dan membetulkan kapal kita.”

“ Tidak seperti tiga dekad yang lalu,hari ini, Asia kini mempunyai kekuatan ekonomi, kapasiti strategik, dan kerjasama yang mungkin diperlukan untuk mengharungi cabaran ini’.katanya.

Kata beliau, RCEP merangkumi hampir satu pertiga eksport dunia, penduduk dan KDNK menjadikannya blok terbesar dagangan di peringkat global.

Beliau turut mempromosikan kepengerusian Malaysia dalam Asean tahun depan.

Malaysia komited untuk mendalami integrasi ekonomi negara Asean dan menyumbang kepada peranan rantau sebagau hab aktviti ekonomi yang terbuka dan dinamik.

“Dari segi ekonomi, tumpuan kami pada mulanya memperkukuh kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Kepelbagaian rantaian bekalan global dan aliran masuk FDI (peaburan langsung asing) mesti memberi faedah ketara untuk pembangunan, sementara mengurangkan jurang perbezaan dalam negara ASEAN. Kedua, kami sasar untuk mempertingkat kerjasana ekonomi dengan rakan kongsi kami dari seluruh dunia untuk memajukan kerjasama teknologi dan amalan perdagangan yang mampan.”

Turut ditekankan, kerangka ekonomi Madani juga hampir seiring dasar kapitalisma bentuk baru yang membawa aspirasi sama antara kedua-dua negara.

Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) pula telah mula dilaksanakan dengan sektor spesifik termasuk semikonduktor dan besi.
Kejayaan pelan induk ini kata perdana menteri akan membenarkan Malaysia setanding gergasi di peringkat rantau dan membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang akhir dekad ini.

Juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), bagi mencapai aspirasi Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2030.

Jelas beliau beberapa dasar kerajaan ini (Kerangka Ekonomi Madani, NIMP 2030 dan NETR) adalah indikatif peranan Malaysia dalam membentuk kepimpinan Asia dalam bidang ekonomi, digital dan aspek kemampanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini