KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 4.60 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Ia membabitkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.