comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Alton Industry labur RM800 juta buka kilang pintar di Pontian

KUALA LUMPUR: T Industrial Park mencapai 100 peratus penghunian untuk tiga daripada sembilan fasa taman perindustrian itu yang merangkumi 231.56 hektar, didorong oleh pelaburan RM800 juta daripada pembekal peralatan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Alton Industry Ltd Group.

T Industrial Park, yang terletak di hab perindustrian utama Pontian, Johor akan menempatkan Alton Intelligent Super Factory, dengan pelaburan yang dirancang sebanyak RM2 bilion pada tahun-tahun akan datang.

Pengarah Urusan T Industrial Park Sdn Bhd, Karen Lee, berkata T Industrial Park adalah antara zon perindustrian terbesar di Johor.

“Pengambilan kukuhnya adalah bukti kepada DNA pembangunan unik kumpulan dengan penekanan pada kemudahan, ketersambungan dan banyak lagi.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi seperti Alton Industry, dan mengharapkan kerjasama serupa pada masa hadapan,” katanya.

Pada fasa awal, Alton Industry memperuntukkan RM800 juta untuk pembinaan Kilang Super Pintar Alton.

Pelaburannya ke dalam pembangunan itu akan merangkumi tapak asas pembuatan luar negara utamanya.

Kilang itu akan menyokong rekod prestasinya dalam pembangunan, pengeluaran dan penjualan peralatan aerodinamik dan pembersihan, alat ganti automotif, alat pneumatik taman, robot pintar dan banyak lagi.

Loading...
Terkini