comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

ALR komited pendekkan tempoh konsesi 4 lebuh raya 

Oleh: Amanda Lopez

PUCHONG: Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) sedang melaksana beberapa langkah strategik bagi penjimatan kos, dalam usaha memendekkan tempoh konsesi empat tol yang dimilikinya.

Ia membabitkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata semua lebihan yang dijana disalurkan semula untuk menebus pembiayaan hutang lebih awal, yang akan membolehkan tempoh konsesi dipendekkan.

“Kita masih tertakluk kepada perjanjian konsesi yang kita ada di mana mengikut perjanjian konsesi kita akan habis sebagaimana buat masa sekarang ini.(akan diawalkan?) Kita punya sasaran ya. Tetapi, kita kena tengok sebab masa panjang lagi kan.” kata beliau kepada media selepas majlis pelancaran Kempen Sentuhan Ikhlas bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.

Di bawah ALR, kadar tol semasa bagi empat lebuh raya berkenaan tidak akan naik sepanjang tempoh konsesi masing-masing.

“Kita tidak nampak sebarang pemasalahan dari segi tanggungjawab kita kepada pihak pemegang sukuk, malahan kita sudah buat bayaran kepada pinjaman dan bulan depan kita akan membuat bayaran pertama kepada prinsipal kita.”

Ketika ini, ALR mempunyai pembayaran obligasi hutang sukuk sebanyak RM7.935 bilion sehingga tahun kewangan 2038.

Lebuhraya ini juga akan diserahkan kepada kerajaan, selepas konsesi tamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini