comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aliran dana asing ekuiti mungkin tidak kelihatan hingga tahun depan – Penganalisis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran masuk dana asing ke dalam pasaran ekuiti negara mungkin tidak kelihatan sehingga tahun depan disebabkan oleh perbezaan pulangan kadar faedah negatif yang berterusan antara ringgit dan dolar AS.

Menurut penganalisis AmInvestment Bank, Alex Goh, ini memandangkan korelasi kukuh antara kadar tukaran asing ringgit-dolarAS dan pasaran ekuiti untuk tempoh tiga tahun dari Jun 2021 .

“Jualan asing pada bulan Jun telah meningkat semula dengan bawaan negatif yang semakin meluas. Dengan trajektori kadar faedah AS masih dalam arah aliran menaik, nilai kadar faedah 3-bulan negatif antara AS dan Malaysia yang telah melebar sebanyak 108 mata asas kepada -1.80 peratus sejak awal tahun ini.

“Oleh itu, aliran keluar bersih asing melonjak 85 peratus bulan ke bulan (mom) kepada RM1.3 bilion pada bulan Jun, yang sebahagiannya diimbangi oleh belian bersih RM1 bilion oleh institusi tempatan.

“Pada separuh pertama 2023 (1H2023), jualan bersih asing mencecah RM4.2 bilion daripada pembelian bersih RM3.7 bilion institusi tempatan,” katanya.

Tambahnya, 31 peratus daripada tekanan jualan bersih asing bulan Jun adalah daripada bank, 22 peratus produk/perkhidmatan industri, 20 peratus pengguna, 11 peratus tenaga, 10 peratus perladangan dan sembilan peratus syarikat telekomunikasi yang membabitkan Public Bank, CIMB, Hong Leong Bank, RHB Bank, Petronas Chemicals, Tenaga, Axiata dan Bumi Armada.

“Bagaimanapun, pelabur asing adalah pembeli bersih di Maybank, Gamuda, YTL Corp, West Ports, Malaysia Airport dan YTL Power,” katanya.

Di peringkat ASEAN, dari awal tahun hingga kini (YTD), aliran keluar asing dari rantau ini untuk separuh pertama 2023 (1H203), Malaysia mengalami jualan asing sebanyak RM4.2 bilion berbanding Thailand RM13.9 bilion dan Filipina RM2.1 bilion.

“China menerima 60 peratus daripada aliran masuk asing bersih, mencecah RM200 bilion berbanding dengan Taiwan RM49 bilion dan Korea Selatan RM34 bilion.

“Di Asia Tenggara, hanya Indonesia mencatatkan aliran masuk asing bersih yang ketara sebanyak RM4.8 bilion,” katanya.

Loading...
Terkini