comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Aktiviti belian saat-saat akhir dorong Bursa Malaysia ditutup meningkat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat-saat akhir, khususnya bagi saham-saham telekomunikasi dan perbankan, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.25 peratus atau 3.64 mata kepada 1,456.38 daripada paras 1,452.74 pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.74 mata kepada 1,452.0 dan bergerak dalam jajaran 1,450.09 hingga 1,456.52 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 467 berbanding 432 manakala 435 kaunter tidak berubah, 988 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.23 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 4.25 bilion unit bernilai RM4.97 bilion, semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata ketidaktentuan mengenai prospek serantau kian ketara berikutan data ekonomi China yang bercampur-camnpur sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

“Di peringkat domestik, kami menjangkakan prospek bagi jangka masa terdekat ini adalah positif, disokong oleh prestasi pendapatan suku ketiga 2023 serta belian asing yang berterusan,” katanya Bernama.

Loading...
Terkini