Tumpuan :
Detik Niaga

AirAsia umum pelan aktifkan semula semua 204 pesawat

Foto ihsan AirAsia

SEPANG: AirAsia mengumumkan bahawa rancangannya untuk mengaktifkan kembali kesemua 204 pesawatnya disokong oleh perjanjian baharu bersama rakan kongsi jangka panjang serta pembekal enjinnya, CFM International.

Fokus CFM untuk meningkatkan kestabilan pesawat di lapangan dan pemantauan maya 24/7 terhadap operasi enjin LEAP-1A AirAsia adalah pemangkin penting bagi syarikat penerbangan itu mengaktifkan semula pesawatnya di seluruh kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, selepas lebih dua tahun COVID-19 melanda, syarikat penerbangan tambang rendah itu kini mula melihat cahaya di hujung terowong.

“Kami mengambil langkah yang besar untuk mengembalikan pesawat dan memulakan semula operasi, mengimbangkan ketidakseimbangan kos untuk 204 buah pesawat dan pendapatan daripada penerbangan purata 143 pesawat tahun ini.

Hari ini, kami mengembalikan 175 pesawat ke udara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation, Bo Lingam, pula berkata syarikat amat berbesar hati dengan perkembangan terkini oleh pembekal enjin dan penyedia perkhidmatan.

“Ini akan mempercepatkan lagi rancangan kami untuk mengembalikan kapasiti, malah melebihi tahun 2019, di mana kami akan menjadi lebih cekap,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini akan membolehkan penggunaan pesawat yang lebih tinggi dengan masa tidak beroperasi yang kurang dan jadual penerbangan yang lebih konsisten dengan prestasi pada masa yang lebih baik, serta membolehkan penggunaan alat ganti yang lebih cekap oleh ADE.

Loading...
Terkini