KUALA LUMPUR: Ahmad Zulqarnain Onn dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 19 Februari 2024. Ahmad Zulqarnain, yang sebelum ini menerajui sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Ahmad Zulqarnain mempunyai pengalaman korporat yang luas di mana beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi seperti Danajamin Nasional Berhad dan Khazanah Nasional Berhad sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB pada Julai 2020. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Lembaga Pengarah PNB memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Zulqarnain Onn setelah lebih daripada tiga tahun bersama PNB. Pengumuman Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan baharu untuk PNB akan dibuat dalam masa terdekat.