Tumpuan :
Detik Niaga

Aerotren KLIA dijadual mula operasi menjelang Jun 2025

Oleh: Amanda Lopez

SEPANG: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadual mula operasi menjelang Jun tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani, pihaknya dijangka selesai semua pandu uji sistem dan aerotren hujung April dan yakin akan mendapat semua kelulusan untuk beroperasi suku kedua tahun ini.

“Tidak akan ada lagi kelewatan dalam memulakan operasi aerotren. Kami yakin akan mula operasi suku kedua tahun ini.” kata beliau dalam sidang akhbar mengenai perkembangan projek aerotren KLIA yang bernilai RM456juta ini.

Aerotren baharu ini boleh menampung kapasiti yang lebih banyak iaitu 270 penumpang berbanding 230 penumpang sebelum ini.

Projek penggantian Aerotren ini membabitkan tiga aerotren dengan tiga gerabak.

Aerotren pertama akan dipandu uji sebanyak 2,000 kilometer dan diikuti dengan 1,000 kilometer pandu uji bagi dua aerotren berikutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini